Mulakan Di Sini

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengutuskan RasulNya dan Nabi yang di pilihNya (Nabi Muhammad SAW) dengan kedatangannya telah menerangi segala kegelapan dan mengeluarkan manusia dari kegelapan. Kufur dan syirik kepada cahaya dan petunjuk. Barangsiapa yang mentaatinya dan mengikutinya pasti akan diberi petunjuk.

Sesungguhnya zaman ini adalah zaman kelalain, kemalasan, kejahilan di dalam mengerjakan amalan untuk alam Akhirat. Dapat dilihat di mana-mana sahaja manusia di dalam kesibukan. Mereka tidak mengindah bekalan yang manafaat untuk selepas kematian.

Oleh sebab itu, ulama memerlukan kepada usaha-usaha untuk memperingati, mengajak, mengajar kepada insan-insan yang lupa dan lalai.

Ini adalah risalah yang ringkas doa-doa dan amalan yang diwarisi dari Nabi SAW untuk kehidupan manusia.

Tiap-tiap sesuatu yang kita lakukan jika mengikut adab-adabnya iaitu cara-cara yang ditunjukkan Rasulullah SAW, maka perkara-perkara yang kita lakukan itu menjadi ibadah dan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Setiap amalan Nabi SAW membawa kepada keberkatan dan manafaat buat diri kita.


Isi Kandungan

  1. Adab Makan dalam Islam
  2. Sunnah Nabi
  3. Rukun Wuduk
  4. Surah Al-Fatihah
  5. Doa Selepas Solat
  6. Doa Solat Sunat Dhuha
  7. Dhuha
  8. Sunat Nawafil
  9. Pesanan Guru 1

2021-06-18