Pesanan

Pesanan Guru 1

1) Kebodohan adalah kematian terbesar sedangkan ilmu adalah kehidupan yang paling mulia. Siapa yang mengangkat orang lain dari kebodohan kepada pengetahuan bererti dia telah menumbuhkannya dalam bentuk yang baru dan menghidupkannya dalam kehidupan yang baik.

Jika seseorang memiliki pintu masuk dalam menyampaikan ilmu kepada makhluk dan mengajak mereka kepada Allah maka hal tersebut merupakan salah satu cara menghidupkan bahkan ia merupakan tingkatan para Nabi dan para Ulama yang mewarisi mereka.

2) Di dalam hidup kita sebenarnya kita sedang menuju kepada Allah. Sama ada kita tahu atau tidak. Dan sama ada kita mahu atau tidak. Sewajarnya kita sebagai hamba Allah memberi khidmat sepenuhnya kepada Tuhan yang menjadikan kita.

3) Kita mengerjakan solat 5 waktu, tetapi adakah solat itu dilakukan dengan tertib, teliti dan bertetapan dengan amalan Nabi dan khusyuk.

Solat itu semua orang boleh melakukannya, yang membezakan adalah cara seseorang itu mengerjakannya, adalah berkualiti atau tidak.

4) Ibu Abbas berkata, barangsiapa mendengar azan tetapi tidak suka mengabulkannya (tidak mengikut jemaah, maka jelas orang itu tidak dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik. Dan dia (Allah) tidak pula mengkehendaki ada kebaikan untuknya).

5) Bila kita beramal dengan ikhlas dalam masa 40 hari akan timbul air mata hikmah dari dalam hati terus kepada lidah.

6) Apabila manusia berkumpul dengan tujuan mengingati Allah, para malaikat sedang memanggil dari langit hingga ke bumi mendoakan keselamatannya.

7) Apabila keyakinan kita kepada Allah belum sempurna. Ibadat kita belum mengikuti cara Nabi. Akhlak belum mulia maka selama itu kita belum layak menyebarkan kepada orang lain.

8) Apabila cara hidup kita mengikuti kehendak Allah dan sunnah Nabi, segala masalah akan dapat diselesaikan. Bergerak untuk dakwah, mencari ilmu, beramal, dan jadikan Al-Quran sebagai ikutan.

9) Apabila kita mendengar atau membaca Al-Quran, ketahuilah bahawa Allah SWT sedang berbicara dengan kita. Apabila kita membaca hadis atau mendengar hadist. Ketahuilah Nabi sedang berbicara dengan kita.

10) Kerisauan Hadriji. Beliau berkata, Ya Allah, saya tidak mampu berbuat apa-apa. Kadang-kadang beliau berkata, seandainya ada di dunia ini sesuatu tempat yang semua penduduknya benar-benar mengamalkan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *