Rukun

Rukun Wuduk

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh tangan
  4. Membasuh rambut
  5. Membasuh kaki
  6. Tertib

Cara Berwuduk

  1. Niat (Rukun).
  2. Membasuh pergelangan tangan.
  3. Berkumur.
  4. Masukkan air ke dalam hidung.
  5. Membasuh muka (Rukun).
  6. Membasuh tangan hingga ke siku (Rukun).
  7. Membasuh rambut (Rukun).
  8. Membasuh telinga.
  9. Menyapu batang leher.
  10. Membasuh kaki (Rukun).
  11. Tertib (Rukun).

Doa Berwuduk

Doa membasuh pergelangan tangan:

Ya Allah, aku memohon kepada Mu kesempurnaan dan keberkatan, dan aku memohon kepada Mu agar memlihara keberkatan, dan aku memohon kepada Mu agar memelihara ku daripada kecelakaan dan kebinasaan.

Doa berkumur:

Wahai Tuhanku, tolongilah aku membaca kitab Mu dan membanyakkan zikir kepada Mu.

Doa membasuh hidung:

Wahai Tuhanku, dapatkan aku akan bau syurga dan Engkau redhai akan aku.

Keluarkan air dari dalam hidung beserta dengan kotoran-kotoran yang terdapa di dalamnya sambil membaca:

Wahai Tuhanku. sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada segala bau Neraka dan dari keburukan tempat itu iaitu Neraka.

Doa membasuh muka (Rukun):

Ya Allah, putihkan wajahku dengan cahaya Mu pada hari wajah-wajah aulia’Mu menjadi putih dan janganlah hitamkan wajahku dengan kegelapan-kegelapan Mu pada hari wajah musuh-musuh Mu menjadi hitam.

Doa ketika membasuh tangan kanan hingga ke siku (Rukun):

Wahai Tuhanku, berikanlah bukuku melalui tangan kanan ku dan perhitungilah aku dengan hitungan yang sedikit lagi mudah.

Doa ketika membasuh tangan kiri hingga ke siku (Rukun).

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindungan Mu daripada Engkau memberi bukuku melalui tangan kiriku atau dari belakangku.

Doa ketika membasuh rambut:

Ya Allah, bantulah aku dengan rahmat Mu, dan turunkanlah ke atasku sebahagian daripada berkat-berkat Mu dan payungilah aku di bawah ‘ArashyMu’.

Doa ketika membasuh telinga:

Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan mereka yang mendengar kata, lalu mengikut mana yang paling baiknya. Ya Allah, perdengarkanlah aku seruan penyeru Syurga bersama-sama golongan yang berbuat kebajikan.

Doa ketika menyapu batang leher:

Ya Allah, bebaskan leherku daripada api neraka dan aku berlindung dengan Mu daripada kongkongan rantai dan belenggu-belenggu pada hari Kiamat.

Doa ketika membasuh kaki kanan:

Ya Allah, tetapkan kakiku di atas titian Sirat-Mustaqim pada hari Kiamat di mana kaki orang-orang kafir tergelincir ke dalam api Neraka.

Doa ketika membasuh kaki kiri:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindug dengan Mu daripada tergelincir kedua kakiku di atas Shiratil-Mustaqim pada tergelincirnya kaki orang-orang munafik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *