Hadis

Sunat Nawafil

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada mu’akkad (diperkuatkan) dan ghairu mu’akkad (tidak diperkuatkan). Para ulamak berbeza pendapat tentang jumlah rakaat solat Rawatib yang mu’akkad sama ada jumlah keseluruhannya 12 atau 10 rakaat.

Fungsi Solat Qabliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui aktiviti kehidupan seharian yang adakalanya terlalu sibuk sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk khusyuk ketika mendirikan solat fardhu. Oleh itu solat Qabliyah berfungsi untuk mententeramkan jiwa serta memastikan kita berada dalam keadaan yang cukup bersedia bagi menyempurnakan solat fardu.

Solat Ba’diyah pula bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melaksanakan solat fardhu seperti kesilapan dalam bacaan, tidak khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan lain-lain.


Aisyah r.a meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa istiqamah (kekal) 12 rakaat, Allah SWT akan membangunkan baginya sebuha rumah dalam syurga iaitu.

4 rakaat sebelum Zohor
2 rakaat selepas Zohor
2 rakaat selepas Maghrib
2 rakaat selepas Isyak (+1/3 rakaat Witir sebagai penutup)
2 rakaat sebelum Subuh

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
Tentang 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat ini aku cintai daripada seluruh dunia.

Ummi Habibah binti Abu Sufyan r.a, Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang kekal mengerjakan 4 rakaat sebelum solat fardhu Zohor dan 4 rakaat sesudahnya, Allah SWT akan mengharamkannya kepada api neraka.

Catatan:
4 rakaat sebelum Zohor adalah sunat muakad (sunat yang ditekankan) dari antara 4 rakaat sesudah Zohor, 2 rakaat adalah muakad dan 2 rakaat lainnya adalah sunat tidak muakad.

Solat sunat 4 rakaat sebelum Zohor ini adalah masa pintu-pintu langit terbuka. Nabi SAW berkehendak amal-amal kebaikan naik ke langit. Doa dikabulkan Allah SWT.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *