Sunnah Nabi

Pengertian Sunnah – Amalan, Percakapan, Perbuatan.

  • Cahaya
  • Jalan yang lurus

Memulakan sesuatu dengan Bismillah.

#1 Menjaga solat tepat waktu.

Sebelum solat

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang).”

#2 Mengamalkan 10 / 12 solat sunat Muakkad (solat sunat yang dituntut 1 hari).

#3 Membaca Al-Quran. (1 hari dituntut 10 ayat)

  • Hak Al-Quran dituntut (habis baca) 2 kali setahun.

#4 Amalkan solat sunat muakkad dan yang tidak muakkad seperti Dhuha, Tahajjud, Taubat, Witir, solat sunat Wuduk dan lain-lain.

#5 Belajar ilmu (3 hari tanpa membaca Hadist, hati akan mati).

#6 Zikir.

#7 Bersedekah.

Zikir

Abdullah Ibnu Buser r.a meriwayatkan bahawa seseorang berkata:

“Wahai Rasulullah, peraturan dalam Islam ada banyak. Kerana itu melaksanakannya adalah perlu. Maka beritahulah padaku sesuatu yang dapat aku pegang teguh.”

Baginda SAW menjabawab:

“Pastikan bahawa lidahmu sentiasa sibuk dengan Zikrullah.”

Baca Al-Quran

Yang terbaik di antara kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Menuntut Ilmu

Abu Darda r.a berkata:

“Jadilah engkau seorang yang berilmu atau seorang yang memperolehi ilmu atau orang yang mendengar pengajaran ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang keempat, iaitu “jahil”. Nescaya engkau binasa.”

Sentiasa Berwuduk

Nabi SAW bersabda:

“Umatku akan dikumpulkan pada hari Qiamat, dalam satu keadaan yang anggota dan muka mereka bercahaya dari bekas wuduk. Oleh sebab itu, barangsiapa sanggup di antara kamu untuk memperpanjangkan sinarannya. Biarlah dia berbuat demikian.”

Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa mengambil wuduk dengan sempurna, maka dosa-dosanya berguguran, bahkan dari jari-jarinya. Menurut pendapat ulama bahawa dosa-dosa kecil diampuni oleh Allah dengan perantaraan wuduk, solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya.”

Bersiwak

Nabi SAW bersabda:

“Dua rakaat yang dikerjakan dengan bersiwak lebih tinggi nilainya dari 70 rakaat yang dikerjakan tanpa bersiwak”

Adab Masak

Tutup kepala.

Adab Makan

  1. Basuh pergelangan tangan 3x sambil berselawat.
  2. Waktu makan tutup kepala (wanita – pakai tudung).
  3. Makan dengan tangan kanan.
  4. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.
  5. Makan secara berjemaah.
  6. Ambil makanan tangan kanan.
  7. Sunat mengutip makanan yang berguguran.
  8. Makanan dan minuman tidak boleh ditiup.
  9. Kacau air lawan jam.
  10. Selesai makana, jilat jari bermula: Jari tengah, jari telunjuk, ibu jari, jari kelingking dan jari manis.
  11. Ketika makan bentangkan saprah (alas):
    • Kelebihan: Jauh dari kepapaan.

Adab Minum

  1. Minum tangan kanan.
  2. Minum 3 teguk. Jangan bernafas dalam cawan.
    • Mula-mula minum sedikit, kedua minum sedikit, ketiga boleh banyak)
  3. Pegang cawan tangan kanan, jari kelingking di bawah cawan / gelas. Kelebihan: Elak dari terkena santau.

Adab Tidur

  1. Ambil wuduk sebelum tidur.
  2. Libas tempat tidur 3x seraya berdoa: Laa hawlawala quwwata illaa billaah hil ‘aliyyil ‘azim
  3. Baca tasbih Fatimah:
    • Subhanallah 33x. Alhamdulillah 33x. Allahu Akhbar 34x (InsyaAllah Allah bagi kekuatan 2 orang hamba).
  4. Baca 3 Qul (An Nas, Al Falaq, Al Ikhlas).
    • Hembus pada tapak tangan dan sampu seluruh badan kecuali kemaluan dan tapak tangan. Allah jauhi dari terkena sihir dan godaan syaitan.
  5. Baca Ayat Qursi.
  6. Baca Al-Fatihah.
  7. Baca surah Al-Ikhlas 3x.
  8. Tidur ikut Sunnah dengan muka menghadap ke arah kiblat. Tangan kanan di bawah pipi kanan.
  9. Bangun tidur masukkan air ke dalam hidung sambil berselawat.

Adab Masuk Tandas

  1. 6/7 langkah sebelum masuk tanda, baca doa.
  2. Pakai kasut.
  3. Tutup kepada (kalau tak, syaitan letakkan najis. Bagaimana solat kita jika ada najis?)
  4. Masuk kaki kiri, keluar kaki kanan.

Nota tambahan: Pastikan pintu tandas sentiasa tertutup

Cara Potong Kuku

Sunat potong kuku hari Isnin, Khamis dan Jumaat

Kredit: https://ahmadzaki.wordpress.com/2008/06/11/potong-kuku-cara-islam-sunnah/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *