Surah Al-Hasyr, Ayat 21-24

AL-HASYR+AYAT+21.jpg (586×464)
Sumber gambar

Maksudnya:

(Al-Hasyr 59:21) Kalau sekiranya Kami menurun Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

(Al-Hasyr 59:22) Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Yang Mengetahui yang ajaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(Al-Hasyr 59:23) Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Raja yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

(Al-Hasyr 59:24) Dialah Allah yang Maha Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kelebihannya:

Kata-kata ulamak yang bermaksud:
Barangsiapa membaca ayat ini sesudah Subuh dan Asar maka ia mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 para malaikat. Sekiranya ia mati pada malam atau siang hari itu, ia memperolehi syurga.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.